Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 11 Disember 2011

Ferret Albino Kesayangan Kami








Aiman anak bongsu kami sangat teruja bila nak tahu babah nya nak beli pulak seekor Ferret. Haiwan ni dah pernah kami tengok kat kedai pet lebih kurang 5-6 tahun lalu di Ipoh. Tapi masa tu tak berani lagi nak beli kerana tak tahu cara penjagaannya samaada senang atau susah. Saya banyak browse kat internet dan ada satu laman ni sangat menarik dan boleh menjadi panduan kepada mereka yang berminat nak jadikan Haiwan ini sebagai pet andaTajuknya ialah Tips Penjagaan Haiwan kesayangan. Kita layan gambar-gambar Ferret Aiman ini yang kami namakan Goldie kerana bulunya yang kelihatan seperti keemasan bila disimbah cahaya matahari. Dia Ferret betina yang berusia lebih kurang 4 bulan dan tersangatlah manjanya.

Ahli keluarga baru 11/12/2011

Hari ini keluargaku menerima seekor farret betina albino yang kami namakan sebagai Goldie. Sempena warnanya yang seakan emas. Harganya bolehlah tahan mahal tapi tak semahal fluffy and sweety kucing parsi yang nakal tu. umurnya lebih kurang 5 bulan, cute and nakal. Gambarnya akan diupload kemudian beserta dengan gambar-gambar ahli pet yang lain 2 kucing pure persian and 2 sugar glider.